Monday, March 16, 2009

Everest Traverse 2010

Assalamualaikum

Genap setahun bersama majikan baru. Syukur saya sudah melepasi tempoh percubaan dan akhirnya diterima sebagai seorang pekerja tetap di sini. Namun, ini bukanlah penghujungnya, pengembaraan saya di dunia ini. Masih banyak eksplorasi yang perlu dijalankan. Bak kata peninggalan agung, 'Carilah ilmu hingga ke liang lahad'.

Seperti mana yang pernah saya idamkan, kini di akhir perancangan. Projek Everest Traverse kini di peringkat pencarian penaja dari segi kewangan. Memakan masa, pengorbanan dan belanja yang agak besar, saya akhirnya ditawarkan khidmat dari seorang 'sifu gunung' yang amat saya hormati. Dan insyaallah sekiranya diizinkan tuhan, akan berjalan lancarlah projek ini seperti yang dirancang.

Perkembangan terbaru yang saya terima, akan ada kesinambungan dari apa yang telah kita lakukan pada 2007 lalu. Akan ada kemajuan dari segi kemampuan minda dan fizikal belia dari Kelantan. Usaha untuk maju ke hadapan dapat saya rasakan begitu kuat sekali kali ni.

Walupun dibelenggu kemelut ekonomi global yang semakin dirasai di seluruh negara, Kelantan masih lagi gah dengan rakyatnya yang bersederhana dalam apa jua keadaan. Dan oleh yang demikian, saya yakin rancangan kali ini akan menempa kejayaan.

Doakan saya untuk kemajuan yang berterusan, demi AGAMA, Bangsa dan Negara.

Wassalam

Asyran Raoef Amran