Saturday, April 30, 2011

Everest Base Camp, Dibongche Ri and Kala Pathar 2011

Assalamualaikum n Namaste,

Tepat jam 12.05 waktu Nepal, Dr Andee dan saya selamat tiba di Kathmandu. Kami berdua dijemput oleh Mr Furi untuk di bawa ke tempat penginapan sementara menunggu 3 orang pendaki lagi yang akan tiba esok pagi.

Masih belum sempat untuk mendapatkan gambar dan rakaman yang bagus untuk dikongsi. Akan muatnaik seberapa segera yang mungkin.

Flag rasmi The Red Warriors sudah memasuki bumi Nepal.

Terima Kasih Tuan Haji Azlan dan team TRW Merchandise kerana sempat membekalkan kami dengan beberapa barangan yang akan kami peraga sepanjang perjalanan kami di sini.

Sekian

Asyran & Andee

Wednesday, April 27, 2011

Banner


Assalamualaikum

Beberapa hari sebelum kami pergi, antara banner yang sempat kami sediakan..
Akan ada beberapa lagi yang akan berkibar di bumi Himalaya insya Allah.

TRW...Tahniah kami ucapkan

Salam

Asyran

Monday, April 11, 2011

Pendedahan Kedua Sinar Harian 10 April 2011




Assalamualaikum

Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada Akhbar SINAR HARIAN dan Wartawan Encik Norhasram Mohamad kerana sudi menampilkan rencana berkenaan ekspedisi pendakian kami pada kali ini. Tanpa ruang dan peluang yang diberikan, hajat kami untuk berkongsi kejayaan dengan semua mungkin agak mustahil. Pendedahan sebegini mungkin sedikit sebanyak membantu para belia kita untuk terus mengenali jati diri masing-masing serta seterusnya menanamkan keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, insya Allah.

Bagi sesetengah pihak, mungkin Everest terlalu tinggi untuk dicapai, apatah lagi untuk anak Kelantan yang selalu dianggap kolot, ketinggalan, kuno, berfikiran sempit dan bermacam-macam lagi tohmahan yang dilemparkan. Dengan adanya pendedahan sebegini, besar harapan kami agar 'gelaran-gelaran' tidak bertauliah itu dapat dinafikan dan seterusnya akan mengharumkan nama negeri dan negara. Tidak mustahil dengan misi sebegini, anak Kelantan akan menjejak kaki mereka ke puncak tertinggi dunia itu, dengan acuan, pasukan dan pengurusannya yang tersendiri.

Dan oleh itu, suka saya mengambil contoh bagaimana sebuah pasukan kerdil yang pernah menghuni liga bawahan menjadi sebuah pasukan gergasi yang sentiasa digeruni lawan.

Dan bagi kami, semangat The Red Warriors sememangnya sudah sebati dalam sanubari setiap anak Kelantan.

Doakan kejayaan kami di bumi Himalaya.

Asyran

Wednesday, April 6, 2011

Kinabalu 2011 - Final Training camp






Salam Semua,


Final training camp yang amat berjaya dan mencabar. Berkat doa dan kesungguhan, kami akhirnya berjaya menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara itu. Tidak ketinggalan - semangat The Red Warriors yang sentiasa bersama kami.


Tahniah buat Dr Andee, Dr E, Cikgu Noh dan Irman.


Sekarang adalah masanya untuk anda mempercayai diri sendiri...


Banjaran Himalaya...kami datang...



Asyran