Monday, November 22, 2010

EBC Training Expedition 2011


Assalamualaikum
Sebagai menyambung apa yang telah diperolehi pada sesi pendakian May 2007 yang lalu, sebagai membalas segala budi yang telah ditabur, akan saya jayakan sekali lagi pendakian ke EBC pada tahun hadapan, May 2011, setelah 4 tahun memperbaiki kehidupan.
Insya Allah akan dijadikan sebagai asas yang kukuh untuk melangkau lebih jauh. Training ground ke EBC tahun hadapan adalah sebagai salah satu persediaan untuk menggapai impian meletakkan Kelantan ke persada dunia. Dan kali ini takkan ada lagi jersey bolasepak kelab ternama dunia sebagai pakaian pendakian harian, melainkan jersey pasukan kesayangan ' The Red Warriors' sebagai galang ganti. Dan harapannya agar semangat 'warriors' itu akan terus kekal dalam sanubari setiap individu yang terlibat.
Bukan nama yang aku cari,
kepada agama, negara dan negeri ingin ku tabur bakti, ingin ku berbudi
bersabung nyawa digalang ganti, cara tersendiri
harap terpahat di hati, di sanubari,
setiap pejuang, pendekar dan serikandi...
Asyran
23 November 2010.

Saturday, August 21, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan datang lagi, dengan seribu satu hikmah dan keberkatan. Semoga kita dicekalkan Iman untuk menjalaninya dengan penuh pengertian Ramadhan itu sendiri InsyaAllah.
Terlalu lama tidak mengemaskini blog ini. Sudah sampai masanya untuk saya kembali aktif dalam urusan pendakian dan kali ini, 'it is going to be big'...
Sedikit tentang proses pencarian penajaan untuk projek terbaru saya, The Amazing North South Everest Traverse. Buat masa sekarang telah ada pihak yang menunjukkan minat untuk menaja program namun masih belum ada kata putus daripada pihak pengurusan. InsyaAllah akan saya uruskan sebaik mungkin untuk menjadikan projek ini satu kenyataan.

Akan ada kesinambungannya, selepas kali ini. Projek Tahun ini mungkin akan melibatkan 3 gunung berapi di Indonesia, dan sekali lagi ke Kalla Pathar dan Everest Base Camp pada suku pertama tahun 2011; walaupun hati terpanggil untuk ke K@ base di Pakistan.

InsyaAllah, doakan saya. Semoga apa yang saya usahakan akan membuahkan hasil untuk dinikmati pelbagai pihak.

Salam Ramadhan dari saya sekeluarga.

Asyran