Wednesday, October 10, 2007

Salam Aidilfitri




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ni saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya, kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan pendaki dan seluruh muslimin dan muslimat.


Aidilfitri kali ini akan menjadi titik permulaan untuk latihan intensif mengembalikan kekuatan fizikal setelah agak lama berehat menikmati ketenteraman di Malaysia.
Dan insyallah sekiranya diizinkan tuhan, akan saya umumkan projek idaman terbaru saya nanti.
Sekian untuk kali ini
Asyran Raoef Amran

Tuesday, October 9, 2007

Impian Jadi Kenyataan

Assalamualaikum

Bukan semudah meneliti gambar dan pemandangan yang sempat dirakam sepanjang pendakian dijalani Mei lalu. Tidak kekok untuk orang lain mengatakan yang gambar yang dipaparkan adalah gambar 'Super impose', 'tempelan' dan sebagainya. Tidak saya salahkan orang lain. Saya sendiri pun sukar untuk mempercayainya. Impian itu kini sudah menjadi kenyataan.. Dan impian itu bertambah dengan keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Sempena hari pelancaran roket yang akan membawa angkasawan pertama Malaysia hari ini, marilah kita bersama menjayakan kejayaan atas usaha ini, demi untuk memartabatkan bangsa negara kita kearah era yang lebih agung.
Jika tidak kita yang melakukannya sendiri, maka tiada orang lain yang mampu melakukannya untuk kita. Kita bertanggungjawab atas nasib kita sendiri. Percayalah.

Saya amat berharap agar pendakian saya kali ini akan dapat membantu golongan belia seluruh negara untuk dijadikan sebagai peransang dan cabaran untuk mencipta atau melakukan sesuatu yang lebih berfaedah untuk manfaat masyarakat. Membuktikan keberanian dan kecekalan serta kemahiran di tempat yang betul mungkin akan dapat membantu diri kita dalam membangunkan bangsa kita sendiri.

Sekian untuk kali ini, gambar yang dipaparkan adalah gambar yang di semadikan bersama teman baik, Irman Husain semasa menjalani latihan 'acclimatisation' sebulan sebelum ke Nepal

WAssalam.