Tuesday, October 9, 2007

Impian Jadi Kenyataan

Assalamualaikum

Bukan semudah meneliti gambar dan pemandangan yang sempat dirakam sepanjang pendakian dijalani Mei lalu. Tidak kekok untuk orang lain mengatakan yang gambar yang dipaparkan adalah gambar 'Super impose', 'tempelan' dan sebagainya. Tidak saya salahkan orang lain. Saya sendiri pun sukar untuk mempercayainya. Impian itu kini sudah menjadi kenyataan.. Dan impian itu bertambah dengan keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Sempena hari pelancaran roket yang akan membawa angkasawan pertama Malaysia hari ini, marilah kita bersama menjayakan kejayaan atas usaha ini, demi untuk memartabatkan bangsa negara kita kearah era yang lebih agung.
Jika tidak kita yang melakukannya sendiri, maka tiada orang lain yang mampu melakukannya untuk kita. Kita bertanggungjawab atas nasib kita sendiri. Percayalah.

Saya amat berharap agar pendakian saya kali ini akan dapat membantu golongan belia seluruh negara untuk dijadikan sebagai peransang dan cabaran untuk mencipta atau melakukan sesuatu yang lebih berfaedah untuk manfaat masyarakat. Membuktikan keberanian dan kecekalan serta kemahiran di tempat yang betul mungkin akan dapat membantu diri kita dalam membangunkan bangsa kita sendiri.

Sekian untuk kali ini, gambar yang dipaparkan adalah gambar yang di semadikan bersama teman baik, Irman Husain semasa menjalani latihan 'acclimatisation' sebulan sebelum ke Nepal

WAssalam.

No comments: