Wednesday, February 27, 2013

Mount Kinabalu 4095.2m



Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan sekalung Tahniah kepada pendaki dari HOSHAS yang telah berjaya menawan puncak Kinabalu tempoh hari. Sesungguhnya kejayaan anda membuatkan kami amat berbangga dengan anda. Anda juga telah membuktikan bahawa hanya semangat yang kental sahaja yang mampu membawa anda keluar dari kepompong kebiasaan...

Nota:
Setiap pendaki yang menjalani pendakian melepasi  tahap 3,000 meter terdedah kepada risiko AMS (Acute Mountain Sickness). 

Bagi kami, setelah berusaha untuk bersedia sepenuhnya untuk setiap program, yang tinggal hanyalah doa dan Tawakkal. InsyaAllah akan dimakbulkan, Amin...

Asyran & Dr Andee

Wednesday, February 13, 2013

Kinabalu Ascend 19-21 February 2013



Assalamualaikum,

Another trip to conquer Mount Kinabalu. Kali ini akan cuba membantu Team dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Seramai 28 pendaki dijadual untuk memulakan pendakian melalui Timpohon Gate pada 20 Februari 2013.

Doakan Kejayaan Kami, Insya Allah...


Dr Andee & Asyran

Wednesday, February 6, 2013

Gunung Brinchang Ascend & Motivational Talk for MRSM Gerik, Perak - 1-2 February 2013








Assalamualaikum,

Bertuah bila dipanggil lagi untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar terpilih, MRSM Grik. Terima kasih pihak pengurusan kerana memberi kami peluang dan pengalaman yang menarik untuk dinikmati sepanjang hayat. It was a very 'cool' learning session.

Penampilan pertama bersama lebih 200 pendaki muda ke puncak Gunung Berinchang. Syukur dengan pendedahan yang pada pendapat kami, telah melebihi jangkaan. Puncak Berinchang berjaya kami tawan dalam masa tidak sampai 2 jam. Mungkin dengan pendaki muda dalam bilangan sedemikian, pendakian sepatutnya mengambil masa lebih dari itu.

Post Mortem:
Pendedahan semasa ceramah di sebelah malam telah menjangkaui pendakian untuk ke Gunung Berinchang, malah sehingga ke Puncak Everest. Dan di sini, kami mendapat formula yang amat berguna untuk panduan kita semua. InsyaAllah dapat dikongsi bersama di masa hadapan.

Semoga dapat dimanfaatkan dalam dunia pembelajaran kalin semua. Kami doakan anda berjaya, InsyaAllah.

Usaha, amal, doa dan tawakal - InsyaAllah berjaya

Dr Andee & Asyran