Assalamualaikum,
Bertuah bila dipanggil lagi untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar terpilih, MRSM Grik. Terima kasih pihak pengurusan kerana memberi kami peluang dan pengalaman yang menarik untuk dinikmati sepanjang hayat. It was a very 'cool' learning session.
Penampilan pertama bersama lebih 200 pendaki muda ke puncak Gunung Berinchang. Syukur dengan pendedahan yang pada pendapat kami, telah melebihi jangkaan. Puncak Berinchang berjaya kami tawan dalam masa tidak sampai 2 jam. Mungkin dengan pendaki muda dalam bilangan sedemikian, pendakian sepatutnya mengambil masa lebih dari itu.
Post Mortem:
Pendedahan semasa ceramah di sebelah malam telah menjangkaui pendakian untuk ke Gunung Berinchang, malah sehingga ke Puncak Everest. Dan di sini, kami mendapat formula yang amat berguna untuk panduan kita semua. InsyaAllah dapat dikongsi bersama di masa hadapan.
Semoga dapat dimanfaatkan dalam dunia pembelajaran kalin semua. Kami doakan anda berjaya, InsyaAllah.
Usaha, amal, doa dan tawakal - InsyaAllah berjaya
Dr Andee & Asyran
No comments:
Post a Comment