Monday, April 11, 2011

Pendedahan Kedua Sinar Harian 10 April 2011




Assalamualaikum

Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada Akhbar SINAR HARIAN dan Wartawan Encik Norhasram Mohamad kerana sudi menampilkan rencana berkenaan ekspedisi pendakian kami pada kali ini. Tanpa ruang dan peluang yang diberikan, hajat kami untuk berkongsi kejayaan dengan semua mungkin agak mustahil. Pendedahan sebegini mungkin sedikit sebanyak membantu para belia kita untuk terus mengenali jati diri masing-masing serta seterusnya menanamkan keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, insya Allah.

Bagi sesetengah pihak, mungkin Everest terlalu tinggi untuk dicapai, apatah lagi untuk anak Kelantan yang selalu dianggap kolot, ketinggalan, kuno, berfikiran sempit dan bermacam-macam lagi tohmahan yang dilemparkan. Dengan adanya pendedahan sebegini, besar harapan kami agar 'gelaran-gelaran' tidak bertauliah itu dapat dinafikan dan seterusnya akan mengharumkan nama negeri dan negara. Tidak mustahil dengan misi sebegini, anak Kelantan akan menjejak kaki mereka ke puncak tertinggi dunia itu, dengan acuan, pasukan dan pengurusannya yang tersendiri.

Dan oleh itu, suka saya mengambil contoh bagaimana sebuah pasukan kerdil yang pernah menghuni liga bawahan menjadi sebuah pasukan gergasi yang sentiasa digeruni lawan.

Dan bagi kami, semangat The Red Warriors sememangnya sudah sebati dalam sanubari setiap anak Kelantan.

Doakan kejayaan kami di bumi Himalaya.

Asyran

No comments: