Saturday, June 11, 2011

Final Piala FA 2011

Assalamualaikum




Terpanggil dengan kekalahan di tangan Terengganu malam tadi, akhirnya terpaksa melupakan hajat di hati untuk merangkul kejuaraan Piala FA buat kali kedua setelah ditewaskan Selangor pada tahun 2009 yang lalu.




Apa pun keputusannya, setiap pertandingan pasti ada yang menang, juga yang kalah.


Tidak setiap hajat kita termakbul, walaupun kita terlalu menginginkannya.


Tidak selalu perjuangan diakhiri dengan kemenangan.


Tidak sentiasa kita berada di atas kerana ada masanya kita berada di bawah.




Namun apa yang pasti semangat The Red Warriors tetap membara.




Dan semangat inilah yang telah membawa kami ke Banjaran Himalaya tempoh hari.


Semangat inilah juga yang telah membawa pasukan TRW menghuni tangga teratas Liga Super.




Teruskan perjuangan dan NEVER GIVE UP.


Masih ada lagi ruang untuk diperbaiki, masih ada lagi piala yang menanti.




Dan ingatlah, kita tidak akan mampu hatta untuk mengangkat jari sekalipun, sekiranya tidak diizinkan Allah SWT.




Semoga mendapat pengajaran dan tentu ada hikmah disebalik setiap kejadian.


Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak tertanggung oleh hambanya.




InsyaAllah.






Wassalam




Asyran

No comments: